Sabda Rasulullah S.A.W: "Barangsiapa yang menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barang siapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki kedua-duanya pula" Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Rabu, 25 Mac 2009

Pengkomputeran maya dimensi baru ICT

Kebiasaannya komputer yang kita gunakan adalah bertujuan untuk melakukan sesuatu fungsi tertentu yang mana penggunaan sistem pengoperasian seperti Windows atau Linux akan mengehadkan fungsi tersebut. Pada masa sama, hanya satu sistem pengoperasian sahaja yang boleh berfungsi dalam mengendalikan sesuatu tugasan tersebut. Kini dengan adanya teknologi pengkomputeran maya, sebuah komputer peribadi (PC) atau komputer pelayan dapat menjalankan beberapa sistem pengoperasian secara serentak dengan fungsi tugas yang berlainan bagi setiap sistem pengoperasian itu seperti untuk pelayan e-mel, pelayan web, pelayan fail, pelayan anti-virus dan lain-lain. Pengkomputeran maya membenarkan pengguna komputer mencapai proses-proses tertentu atau aplikasi - aplikasi perisian tertentu secara jarak jauh apabila ia diperlukan. Pengguna beroleh capaian tersebut menerusi teknologi Internet.

Isnin, 23 Mac 2009

Sekolah bermula

Hari baru, semangat baru.. tapi semangat sahaja tak cukup.. Bak kata Adlin (AF7) hehehe.. semangat berkobar-kobar tanpa usaha pun tak guna juga.. Jadi, untuk berjaya, mestilah bersemangat dengan disertai usaha yang berterusan. Keputusan peperiksaan penggal pun dah dapat.. Tahniah kepada yang cemerlang, yang lain... tingkatkan usaha.. Chaiyok! Chaiyok!

Khamis, 12 Mac 2009

Selamat bercuti..

selamat bercuti buat semua... bila dah cuti, jangan lupa buku-buku pulak.. cuti tu cuti jugak.. kerja jangan lupa...

Exams...

Peperiksaan Pertengahan Penggal Pertama bermula pada 02/03/09 dan berakhir pada 13/03/09.

Sabtu, 7 Mac 2009

Berita Terkini Ekonomi Malaysia

Jumlah dagangan Januari menyusut hampir 30 peratus

KUALA LUMPUR 6 Mac - Jumlah dagangan Malaysia bagi Januari menyusut sebanyak 29.7 peratus berbanding tahun lepas meskipun negara terus mengalami lebihan dagangan sebanyak RM8.83 bilion buat bulan ke 135 berturut-turut sejak November 1997.
Nilai jumlah dagangan bagi bulan itu ialah RM67.77 bilion.

Eksport pada Januari 2009 bernilai RM38.3 bilion, penurunan sebanyak 27.8 peratus berbanding Januari 2008, kata Jabatan Perangkaan dalam kenyataannya di sini hari ini.
Jumlah import susut sebanyak 32 peratus kepada RM29.47 bilion berbanding tahun lepas.
"Bulan ke bulan, eksport turun sebanyak 16.9 peratus berbanding Disember 2008, manakala import berkurangan sebanyak 14.7 peratus. Prestasi pada Januari adalah selari dengan negara-negara yang telah mengumumkan angka dagangan bagi Januari," katanya.

Barangan eksport utama ialah barangan elektrik dan elektronik bernilai RM13.74 bilion atau 35.9 peratus daripada jumlah eksport, gas asli cecair (RM4.18 bilion atau 10.9 peratus daripada jumlah eksport), minyak sawit (RM2.77 bilion atau 7.2 peratus daripada jumlah eksport), kimia dan bahan kimia (RM2.12 bilion atau 5.5 peratus daripada jumlah eksport) dan petroleum mentah (RM1.81 bilion atau 4.7 peratus daripada jumlah eksport), katanya.

Jentera, perkakasan dan peralatan (RM1.35 bilion atau 3.5 peratus daripada jumlah eksport), barangan petroleum ditapis (RM1.16 bilion atau tiga peratus daripada jumlah eksport), barangan kayu (RM1.02 bilion atau 2.7 peratus daripada jumlah eksport, kelengkapan pengangkutan (RM1.01 bilion atau 2.6 peratus daripada jumlah eksport) dan logam (RM948.4 juta atau 2.5 peratus daripada jumlah eksport).

Singapura, Jepun, Amerika Syarikat, China dan Korea Selatan adalah lima negara utama destinasi eksport, menyumbang sebanyak 51.7 peratus daripada eksport Malaysia pada Januari.
Eksport ke ASEAN bernilai RM9.18 bilion atau 24 peratus daripada jumlah eksport Malaysia pada Januari 2009, berkurangan sebanyak 38.1 peratus berbanding Januari 2008.
Petikan berita dari Utusan Malaysia, 7 Mac 2009

Mega Structures..

Bangunan mencakar langit hasil pengetahuan dan kepakaran dalam bidang reka cipta. Siapa yang mengatakan bahawa subjek KHB itu remeh sedangkan ianya merupakan asas kepada sesuatu yang lebih besar iaitu penyediaan keperluan dan kehendak manusia yang tiada hadnya.