Sabda Rasulullah S.A.W: "Barangsiapa yang menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barang siapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki kedua-duanya pula" Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Jumaat, 30 April 2010

MPV di Facebook

Kini pelbagai cara boleh digunakan oleh guru-guru untuk berkongsi maklumat, selain daripada menyertai engkabang.net ada pula cara lain yang diwujudkan iaitu melalui facebook. Jadi bagi guru-guru MPV yang berminat boleh la sertai group ini. guna media ini sebaik mungkin untuk berkongsi maklumat yang berguna dalam P&P dan bukannya untuk menghentam atau mengkritik sesiapa.

Ahad, 11 April 2010

TAHNIAH!!

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada guru-guru dan kakitangan yang telah dianugerahkan dengan ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG yang diadakan di Dewan Suarah, Mukah. Semoga SMK Belawai terus cemerlang pada masa-masa akan datang.

Dari kiri : Cikgu Muliadi, Cik Selimiah, Cikgu Norlela, Cikgu Mahhadir. Seorang lagi penerima Ust Mohd Rozaidi tidak dapat menghadirkan diri.

APA ITU NKRA?

Anda pernah dengar mengenai NKRA. Tapi apakah itu NKRA? Untuk lebih jelas, bacalah teks ucapan Menteri Pelajaran Malaysia yang dibentangkan pada 28 Oktober 2009, di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.

MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN PERKEMBANGAN BARU DALAM PENDIDIKAN 2010-2012

TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
DI MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN PERKEMBANGAN BARU DALAM PENDIDIKAN 2010-2012
BERTEMPAT DI INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS, PADA 28 OKTOBER 2009, PUKUL 10.30 PAGI
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh, Selamat Sejahtera Dan Salam 1Malaysia.
YB Datuk Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri Pelajaran I
YB Dr. Mohd Puad Bin Zarkashi
Timbalan Menteri Pelajaran II
Y.Bhg. Tan Sri Dr. Zulkurnain Bin Haji Awang
Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia
Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Bin Haji Mohd Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Dan
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pelajaran Malaysia
Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri
Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-tuan Dan Puan-puan Warga Pendidik Yang Saya Hormati Sekalian.
1.         Pertama-tamanya Marilah Kita Memanjatkan Kesyukuran Ke Hadrat Allah S.W.T. Kerana Dengan Limpah Kurnia Dan IzinNya Kita Dapat Berhimpun Dalam Persidangan Perkembangan Baru Dalam Pendidikan 2010-2012 Di Institut Aminuddin Baki Pada Hari Ini. Sesungguhnya Persidangan Ini Amat Penting Kepada Warga Pendidik Untuk Mendapatkan Penjelasan Tentang Dasar-dasar Baru Dan Perkembangan Semasa Berkaitan Dengan Pendidikan Di Negara Kita. Persidangan Ini Juga Memberi Peluang Kepada Warga Pendidik Untuk Memperinci, Mengkaji Dan Membuat Penilaian Tentang Pelaksanaan Dasar-dasar Yang Sedia Ada Dan Seterusnya Merancang Penambahbaikan Dalam Konteks Penyesuaian Kepada Dasar-dasar Baru Yang Diumumkan Oleh Kerajaan.
Matlamat Pendidikan
2.         Sesuatu Dasar Yang Digubal Tentunya Mempunyai Matlamat Untuk Dicapai. Dalam Konteks Pendidikan, Dua Matlamat Penting Yang Lazimnya Disasarkan Ialah Untuk Membangunkan Potensi Insan Secara Menyeluruh Dan Memenuhi Keperluan Sosio-ekonomi Negara. Kedua-dua Matlamat Ini Saling Berkait Antara Satu Sama Lain. Sesuatu Sistem Pendidikan Yang Bertujuan Membangunkan Potensi Insan Secara Menyeluruh Sudah Pasti Akan Melahirkan Manusia Yang Bukan Sahaja Mampu Untuk Memacu Pembangunan Ekonomi Negara, Tetapi Juga Mengisi Makna Kemajuan Dengan Nilai-nilai Yang Luhur. Lantaran Itu, Tokoh Pembaharuan Islam Tersohor, Muhammad Abduh, Menegaskan Bahawa Matlamat Asas Pendidikan (al-ta’līm Wa Al-tarbiyyah) Ialah Untuk Membentuk Sahsiah Insan Melalui Penerapan Nilai-nilai Murni Ke Dalam Jiwa Peribadinya Agar Ia Menjadi Insan Yang Baik (rijālan Sālihan Fī Nafsih).
3.         Sesungguhnya, Dasar Pendidikan Di Negara Kita Dipandu Oleh Falsafah Pendidikan Negara Yang Bermatlamat Untuk Melahirkan Insan Kamil, Iaitu Insan Yang Terbangun Segala Potensi Manusiawinya Secara Sempurna Dan Seimbang. Dalam Ertikata Lain, Matlamat Pendidikan Di Negara Kita Ialah Untuk Melahirkan Insan Yang Baik Melalui Sistem Pendidikan Yang Mampu Menggarap Dan Membina Potensi Akal, Jasmani, Emosi Dan Rohani Murid Secara Holistik.   Matlamat Inilah Yang Melandasi Setiap Dasar Dan Perancangan Pendidikan Yang Digubal Dan Dilaksanakan Di Negara Kita. Justeru Itu, Dalam Mencapai Matlamat Melahirkan Modal Insan Yang Akan Mengisi Keperluan Untuk Memajukan Ekonomi Negara Di Masa Hadapan, Kita Bukan Sahaja Menekankan Aspek Penguasaan Ilmu Dan Kemahiran, Tetapi Juga Keterampilan Dan Keperibadian Insan Yang Mulia.
Transformasi Dan Pembaharuan Pendidikan
4.         Di Samping Mengekalkan Matlamat Asas Ini, Sistem Pendidikan Di Negara Kita Sentiasa Melalui Proses Transformasi Dan Pembaharuan Dari Masa Ke Semasa Seiring Dengan Peredaran Zaman. Dalam Dasawarsa Awal Selepas Merdeka, Pendidikan Di Negara Kita Menjadi Wahana Penting Untuk Membangunkan Negara Dan Memupuk Perpaduan Nasional. Oleh Itu, Dasar Awal Pendidikan Kebangsaan Digubal Untuk Mencapai dua Matlamat Penting Ini.
5.         Seterusnya, Sewaktu Negara Kita Sedang Mengorak Langkah Sebagai Sebuah Negara Industri Baru Yang Pesat Membangun Dalam Dekad 80-an Dan 90-an, Pendidikan Menjadi Wahana Untuk Melahirkan Sumber Manusia Yang Berupaya Untuk Mengisi Keperluan Perindustrian Negara. Selanjutnya, Kini Ketika Kita Sedang Bersiapsiaga Untuk Melakukan Lonjakan Berganda Bagi Mencapai Taraf Ekonomi Berpendapatan Tinggi, Pendidikan Menjadi Wahana Penting Untuk Melahirkan Modal Insan Yang Berilmu, Berkemahiran Tinggi Dan Berketerampilan Untuk Memacu Ekonomi Berasaskan Pengetahuan.
5.         Keupayaan Untuk Melakukan Transformasi Dan Pembaharuan Dalam Sistem Pendidikan, Di Samping Mengekalkan Matlamat Asas Untuk Melahirkan Insan Yang Baik, Merupakan Prasyarat Utama Kepada Kejayaan Kita Memajukan Negara Dan Pada Masa Yang Sama Membina Masyarakat Yang Beradab. Malah, Sistem Pendidikan Yang Berfungsi Dengan Baik Ialah Sistem Yang Sentiasa Melalui Proses Transformasi Dan Pembaharuan Seiring Dengan Perkembangan Semasa.
6.         Dalam Konteks Pendidikan Di Negara Kita, Beberapa Dasar Yang Diumumkan Oleh Kerajaan Baru-baru Ini, Termasuk Dasar Memartabat Bahasa Malaysia Dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), Mengembalikan Kemeriahan Sukan Di Sekolah Dan Memperkasa Pendidikan Prasekolah Merupakan Komponen Penting Transformasi Dan Pembaharuan Yang Sedang Berlaku Dalam Sistem Pendidikan Kita, Yang Mana Natijah Akhirnya Ialah Berlakunya Peningkatan Pada Kualiti Pendidikan. 

MATAPELAJARAN VOKASIONAL (MPV)

SMK Belawai baru saja memperkenalkan matapelajaran MPV (Pemprosesan Makanan). Jika ada pelajar, guru dan ibu bapa yang masih tidak jelas dengan mata pelajaran ini, boleh la baca risalah di bawah ini.
  
Sebarang persoalan, sila berhubung dengan Cikgu Voon atau Cikgu Norlela.

Jumaat, 9 April 2010

INFO IKAN KELI

Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.

Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.

Antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati adalah:-
  • Ikan Keli Kayu
  • Ikan Keli Bunga
  • Ikan Keli Eksotika
  • Ikan Keli Limbat
  • Ikan Keli Mata Kati
  • Ikan Keli Rusia
  • Ikan Keli Afrika
  • Ikan Keli Jeram
  • Ikan Keli Hutan
Ikan keli boleh dipelihara di dalam kolam besar atau sekadar di dalam kolah. Ia mudah membiak dengan memberi makan reja daging ayam, lemak ayam dan sebagainya. Harga sekilo ikan keli yang sudah disiang hanya RM5.00. Dalam bahasa Jawa dan di Indonesia pada amnya, ikan keli disebut "ikan lele".

Bagi sesetengah tempat khususnya di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak, ikan keli tidak dimakan atau kurang dimakan kerana kepercayaan 'kuno' ikan keli berasal daripada berudu, iaitu anak katak. Jika orang mati lemas di Sungai Perak, mayat yang hanyut dan telah reput itu biasanya dimakan oleh ikan keli.

Mereka menjumpai dalam mayat tersebut beberapa ekor ikan keli. Mungkin kerana cerita-cerita sebegini, ikan keli 'kurang digemari' di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak. Sebaliknya di Semenyih, Selangor dan di Terengganu ikan keli menjadi hidangan istimewa.

sumber http://siakapputih.blogspot.com