Anda pernah dengar mengenai NKRA. Tapi apakah itu NKRA? Untuk lebih jelas, bacalah teks ucapan Menteri Pelajaran Malaysia yang dibentangkan pada 28 Oktober 2009, di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.
MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN PERKEMBANGAN BARU DALAM PENDIDIKAN 2010-2012
TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
DI MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN PERKEMBANGAN BARU DALAM PENDIDIKAN 2010-2012
BERTEMPAT DI INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS, PADA 28 OKTOBER 2009, PUKUL 10.30 PAGI
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh, Selamat Sejahtera Dan Salam 1Malaysia.
YB Datuk Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri Pelajaran I
YB Dr. Mohd Puad Bin Zarkashi
Timbalan Menteri Pelajaran II
Y.Bhg. Tan Sri Dr. Zulkurnain Bin Haji Awang
Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia
Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Bin Haji Mohd Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Dan
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pelajaran Malaysia
Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri
Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-tuan Dan Puan-puan Warga Pendidik Yang Saya Hormati Sekalian.
1. Pertama-tamanya Marilah Kita Memanjatkan Kesyukuran Ke Hadrat Allah S.W.T. Kerana Dengan Limpah Kurnia Dan IzinNya Kita Dapat Berhimpun Dalam Persidangan Perkembangan Baru Dalam Pendidikan 2010-2012 Di Institut Aminuddin Baki Pada Hari Ini. Sesungguhnya Persidangan Ini Amat Penting Kepada Warga Pendidik Untuk Mendapatkan Penjelasan Tentang Dasar-dasar Baru Dan Perkembangan Semasa Berkaitan Dengan Pendidikan Di Negara Kita. Persidangan Ini Juga Memberi Peluang Kepada Warga Pendidik Untuk Memperinci, Mengkaji Dan Membuat Penilaian Tentang Pelaksanaan Dasar-dasar Yang Sedia Ada Dan Seterusnya Merancang Penambahbaikan Dalam Konteks Penyesuaian Kepada Dasar-dasar Baru Yang Diumumkan Oleh Kerajaan.
Matlamat Pendidikan
2. Sesuatu Dasar Yang Digubal Tentunya Mempunyai Matlamat Untuk Dicapai. Dalam Konteks Pendidikan, Dua Matlamat Penting Yang Lazimnya Disasarkan Ialah Untuk Membangunkan Potensi Insan Secara Menyeluruh Dan Memenuhi Keperluan Sosio-ekonomi Negara. Kedua-dua Matlamat Ini Saling Berkait Antara Satu Sama Lain. Sesuatu Sistem Pendidikan Yang Bertujuan Membangunkan Potensi Insan Secara Menyeluruh Sudah Pasti Akan Melahirkan Manusia Yang Bukan Sahaja Mampu Untuk Memacu Pembangunan Ekonomi Negara, Tetapi Juga Mengisi Makna Kemajuan Dengan Nilai-nilai Yang Luhur. Lantaran Itu, Tokoh Pembaharuan Islam Tersohor, Muhammad Abduh, Menegaskan Bahawa Matlamat Asas Pendidikan (al-ta’līm Wa Al-tarbiyyah) Ialah Untuk Membentuk Sahsiah Insan Melalui Penerapan Nilai-nilai Murni Ke Dalam Jiwa Peribadinya Agar Ia Menjadi Insan Yang Baik (rijālan Sālihan Fī Nafsih).
3. Sesungguhnya, Dasar Pendidikan Di Negara Kita Dipandu Oleh Falsafah Pendidikan Negara Yang Bermatlamat Untuk Melahirkan Insan Kamil, Iaitu Insan Yang Terbangun Segala Potensi Manusiawinya Secara Sempurna Dan Seimbang. Dalam Ertikata Lain, Matlamat Pendidikan Di Negara Kita Ialah Untuk Melahirkan Insan Yang Baik Melalui Sistem Pendidikan Yang Mampu Menggarap Dan Membina Potensi Akal, Jasmani, Emosi Dan Rohani Murid Secara Holistik. Matlamat Inilah Yang Melandasi Setiap Dasar Dan Perancangan Pendidikan Yang Digubal Dan Dilaksanakan Di Negara Kita. Justeru Itu, Dalam Mencapai Matlamat Melahirkan Modal Insan Yang Akan Mengisi Keperluan Untuk Memajukan Ekonomi Negara Di Masa Hadapan, Kita Bukan Sahaja Menekankan Aspek Penguasaan Ilmu Dan Kemahiran, Tetapi Juga Keterampilan Dan Keperibadian Insan Yang Mulia.
Transformasi Dan Pembaharuan Pendidikan
4. Di Samping Mengekalkan Matlamat Asas Ini, Sistem Pendidikan Di Negara Kita Sentiasa Melalui Proses Transformasi Dan Pembaharuan Dari Masa Ke Semasa Seiring Dengan Peredaran Zaman. Dalam Dasawarsa Awal Selepas Merdeka, Pendidikan Di Negara Kita Menjadi Wahana Penting Untuk Membangunkan Negara Dan Memupuk Perpaduan Nasional. Oleh Itu, Dasar Awal Pendidikan Kebangsaan Digubal Untuk Mencapai dua Matlamat Penting Ini.
5. Seterusnya, Sewaktu Negara Kita Sedang Mengorak Langkah Sebagai Sebuah Negara Industri Baru Yang Pesat Membangun Dalam Dekad 80-an Dan 90-an, Pendidikan Menjadi Wahana Untuk Melahirkan Sumber Manusia Yang Berupaya Untuk Mengisi Keperluan Perindustrian Negara. Selanjutnya, Kini Ketika Kita Sedang Bersiapsiaga Untuk Melakukan Lonjakan Berganda Bagi Mencapai Taraf Ekonomi Berpendapatan Tinggi, Pendidikan Menjadi Wahana Penting Untuk Melahirkan Modal Insan Yang Berilmu, Berkemahiran Tinggi Dan Berketerampilan Untuk Memacu Ekonomi Berasaskan Pengetahuan.
5. Keupayaan Untuk Melakukan Transformasi Dan Pembaharuan Dalam Sistem Pendidikan, Di Samping Mengekalkan Matlamat Asas Untuk Melahirkan Insan Yang Baik, Merupakan Prasyarat Utama Kepada Kejayaan Kita Memajukan Negara Dan Pada Masa Yang Sama Membina Masyarakat Yang Beradab. Malah, Sistem Pendidikan Yang Berfungsi Dengan Baik Ialah Sistem Yang Sentiasa Melalui Proses Transformasi Dan Pembaharuan Seiring Dengan Perkembangan Semasa.
6. Dalam Konteks Pendidikan Di Negara Kita, Beberapa Dasar Yang Diumumkan Oleh Kerajaan Baru-baru Ini, Termasuk Dasar Memartabat Bahasa Malaysia Dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), Mengembalikan Kemeriahan Sukan Di Sekolah Dan Memperkasa Pendidikan Prasekolah Merupakan Komponen Penting Transformasi Dan Pembaharuan Yang Sedang Berlaku Dalam Sistem Pendidikan Kita, Yang Mana Natijah Akhirnya Ialah Berlakunya Peningkatan Pada Kualiti Pendidikan.