Salah satu aspek yang penting ketika menjawab peperiksaan ialah kekemasan penulisan. Walaupun kekemasan penulisan tidak dimasukkan sebagai markah - atau diberi markah bonus sekiranya tulisan kita cantik berbunga-bunga - tetapi tulisan yang mudah dibaca akan menggembirakan hati pemeriksa kertas jawapan.
Sabda Rasulullah S.A.W: "Barangsiapa yang menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barang siapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki kedua-duanya pula" Hadith riwayat Bukhari dan Muslim
Ahad, 24 April 2011
Rabu, 20 April 2011
Isnin, 18 April 2011
Ahad, 17 April 2011
Sabtu, 16 April 2011
Terima Kasih Jemaah Nazir
Dari hari Isnin hingga Khamis minggu lepas jemaah nazir berkampung di SMK Belawai membuat pemeriksaan biasa untuk 5 matapelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam dan Sains. Hasil pemeriksaan, banyak pujian dan teguran yang diberikan untuk penambahbaikan. Terima kasih diucapkan atas lawatan ini. Semoga teguran-teguran yang diberikan dimanfaatkan sebaiknya oleh semua warga sekolah.
Ketua Panitia menyediakan fail-fail untuk pemeriksaan di Bilik Mesyuarat.
Rabu, 13 April 2011
Nota Lukisan Teknik Tingkatan 2
Nota bertajuk Lukisan Teknik Tingkatan 2, subtopik alatan tangan, bahan dan garisan dalam lukisan teknik.
Lukisan Teknik
Lukisan Teknik
Ahad, 10 April 2011
Lawatan Nazir ke Sekolah
Bermula 11 April 2011, Jemaah Nazir akan datang ke sekolah untuk membuat lawatan pemeriksaan ke atas lima mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sains, Sejarah, Geografi dan Pendidikan Islam. Semua Ketua Panitia dan Guru-guru Kanan bertungkus-lumus mengemaskinikan fail Jabatan dan Panitia masing-masing tidak terkecuali panitia-panitia yang lain. Menurut surat yang dihantar, nazir-nazir seramai 5 orang ini akan berkampung di sekolah selama 4 hari. Semoga sekolah kita akan mendapat penilaian yang baik dari pihak Nazir.
Langgan:
Catatan (Atom)