Dari hari Isnin hingga Khamis minggu lepas jemaah nazir berkampung di SMK Belawai membuat pemeriksaan biasa untuk 5 matapelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam dan Sains. Hasil pemeriksaan, banyak pujian dan teguran yang diberikan untuk penambahbaikan. Terima kasih diucapkan atas lawatan ini. Semoga teguran-teguran yang diberikan dimanfaatkan sebaiknya oleh semua warga sekolah.
Ketua Panitia menyediakan fail-fail untuk pemeriksaan di Bilik Mesyuarat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan