Sabda Rasulullah S.A.W: "Barangsiapa yang menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barang siapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki kedua-duanya pula" Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Rabu, 17 Jun 2009

Microsoft labur RM3 bilion bangunkan teknologi

Microsoft Malaysia mengumumkan pelaburan RM3.045 bilion dalam bentuk inisiatif Microsoft DreamSpark bagi membangunkan teknologi dan menjana inovasi di kalangan 8,700 pelajar sekolah menengah di negara ini.
Pelaburan DreamSpark RM3.045 bilion diikuti daripada komitmen Microsoft Malaysia bernilai RM500 ribu untuk program BizSpark bagi memulakan syarikat baru dan usahawan tekno.
Pengarah Urusannya, Yasmin Mahmood berkata, inisiatif DreamSpark yang baru dilancarkan itu merupakan sebahagian daripada usahasama antara Kementerian Pengajian Tinggi (MoHE).
Inisiatif DreamSpark akan menyediakan pelajar dengan akses percuma kepada pembangun pencipta perisian Microsoft seperti Visual Studio Pro, Expression, XNA Game Studio 2.0, SQL Server Development Edition dan pelbagai produk dan peralatan perisian daripada portfolio.
"DreamSpark merupakan sebahagian komitmen Microsoft bagi membangunkan modal insan di kalangan pelajar di negara ini.
"Kami yakin pelajar berkenaan akan mendapat faedah daripada program ini yang bakal membantu memberikan kesedaran mengenai potensi dalam kedua-dua akademik dan karier masa depan," katanya pada majlis pelancaran program Microsoft DreamSpark dan penyampaian hadiah Imagine Cup, baru-baru ini.
Majlis berkenaan juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Pengarahnya, Profesor Datuk Dr. Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi dan Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Profesor Dr. Ahmad Yusoff Hassan.
Saifuddin berkata, aset paling besar adalah modal insan dan pembangunannya akan mengubah negara daripada berasaskan ekonomi kepada negara yang dibina atas inovasi berterusan.
"Kami telah membina hubungan yang rapat dengan Microsoft bagi memberikan cahaya teknologi inovasi di kalangan pelajar dengan menyediakan peralatan diperlukan bagi mempamerkan hasil inovasi mereka," katanya.
Pada majlis itu, seramai 26 kumpulan daripada 13 universiti mempamerkan penyelesaian kemenangan mereka bagi pertandingan akhir Imagine Cup Malaysia.
Bertemakan 'Imagine a world where technology helps solve the thoughest problem facing us today', pelajar mencipta sesuatu bagi menyelesaikan masalah sosial yang dibincangkan oleh United Nations Millennium Development Goal meliputi kemiskinan tegar sehingga kepada penyebaran HIV/AIDS.
Pemenang Malaysian Imagine Cup, Kumpulan Capricorn dari Universiti Sains Malaysia akan berentap ke Worldwide Finals di Kaherah, Mesir bermula 3 hingga 7 Julai 2009.
Kumpulan Capricorn akan mempamerkan ciptaannya 'GreenEve2Peace' kepada penonton di Kaherah.
Ia merupakan penyelesaian perisian yang membantu petani meningkatkan hasil pertanian dengan kos yang minimum.
Hadiah bagi Imagine Cup 2009 berjumlah RM630,000 bagi sembilan kategori iaitu Reka bentuk Perisian, Pembangunan Terpendam, Pembangunan Permainan, Robotik dan Algoritma, Cabaran IT, MashUp, Fotografi, Filem Pendek dan Rekaan.

Utusan Malaysia, 4 Jun 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan