Sabda Rasulullah S.A.W: "Barangsiapa yang menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barang siapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki kedua-duanya pula" Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Jumaat, 15 Oktober 2010

IDEA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG MENARIK

Walaupun telah melangkah ke era sains dan teknologi, masih ada guru-guru yang menggunakan teknik pengajaran "chalk and talk" yang sangat membosankan. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini dan menarik minat pelajar di dalam kelas. Mungkin cara yang diamalkan oleh guru ini dapat dicontohi oleh guru-guru lain.








Bagaimana guru ini melakukannya? Mari kita lihat tutorial yang menceritakan cara beliau membuat video ini.




SELAMAT MENCUBA. TENTU KELAS ANDA MENJADI AKAN LEBIH MENARIK

Isnin, 23 Ogos 2010

Rekabentuk dan Teknologi

Saksikan kreativiti ciptaan syarikat ini. Semuanya dinasilkan untuk memberi kemudahan kepada pengguna dan menjimatkan ruang.

Rabu, 19 Mei 2010

DEMAM PEPERIKSAAN BERMULA

Peperiksaan Penggal Pertama telah pun bermula pada hari Isnin yang lepas. Berikut adalah jadual peperiksaan untuk pelajar-pelajar menengah atas dan pelajar-pelajar menengah rendah.

JADUAL PEPERIKSAAN MENENGAH ATAS 
(TING 4 & 5)
klik pada gambar untuk lebih jelas

JADUAL PEPERIKSAAN MENENGAH RENDAH 
(TING 1, 2 & 3)
klik pada gambar untuk lebih jelas
SELAMAT BERJAYA UNTUK SEMUA PELAJAR SMK BELAWAI

Jumaat, 30 April 2010

MPV di Facebook

Kini pelbagai cara boleh digunakan oleh guru-guru untuk berkongsi maklumat, selain daripada menyertai engkabang.net ada pula cara lain yang diwujudkan iaitu melalui facebook. Jadi bagi guru-guru MPV yang berminat boleh la sertai group ini. guna media ini sebaik mungkin untuk berkongsi maklumat yang berguna dalam P&P dan bukannya untuk menghentam atau mengkritik sesiapa.

Ahad, 11 April 2010

TAHNIAH!!

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada guru-guru dan kakitangan yang telah dianugerahkan dengan ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG yang diadakan di Dewan Suarah, Mukah. Semoga SMK Belawai terus cemerlang pada masa-masa akan datang.

Dari kiri : Cikgu Muliadi, Cik Selimiah, Cikgu Norlela, Cikgu Mahhadir. Seorang lagi penerima Ust Mohd Rozaidi tidak dapat menghadirkan diri.

APA ITU NKRA?

Anda pernah dengar mengenai NKRA. Tapi apakah itu NKRA? Untuk lebih jelas, bacalah teks ucapan Menteri Pelajaran Malaysia yang dibentangkan pada 28 Oktober 2009, di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.

MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN PERKEMBANGAN BARU DALAM PENDIDIKAN 2010-2012

TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
DI MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN PERKEMBANGAN BARU DALAM PENDIDIKAN 2010-2012
BERTEMPAT DI INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS, PADA 28 OKTOBER 2009, PUKUL 10.30 PAGI
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh, Selamat Sejahtera Dan Salam 1Malaysia.
YB Datuk Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri Pelajaran I
YB Dr. Mohd Puad Bin Zarkashi
Timbalan Menteri Pelajaran II
Y.Bhg. Tan Sri Dr. Zulkurnain Bin Haji Awang
Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia
Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Bin Haji Mohd Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Dan
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pelajaran Malaysia
Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri
Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-tuan Dan Puan-puan Warga Pendidik Yang Saya Hormati Sekalian.
1.         Pertama-tamanya Marilah Kita Memanjatkan Kesyukuran Ke Hadrat Allah S.W.T. Kerana Dengan Limpah Kurnia Dan IzinNya Kita Dapat Berhimpun Dalam Persidangan Perkembangan Baru Dalam Pendidikan 2010-2012 Di Institut Aminuddin Baki Pada Hari Ini. Sesungguhnya Persidangan Ini Amat Penting Kepada Warga Pendidik Untuk Mendapatkan Penjelasan Tentang Dasar-dasar Baru Dan Perkembangan Semasa Berkaitan Dengan Pendidikan Di Negara Kita. Persidangan Ini Juga Memberi Peluang Kepada Warga Pendidik Untuk Memperinci, Mengkaji Dan Membuat Penilaian Tentang Pelaksanaan Dasar-dasar Yang Sedia Ada Dan Seterusnya Merancang Penambahbaikan Dalam Konteks Penyesuaian Kepada Dasar-dasar Baru Yang Diumumkan Oleh Kerajaan.
Matlamat Pendidikan
2.         Sesuatu Dasar Yang Digubal Tentunya Mempunyai Matlamat Untuk Dicapai. Dalam Konteks Pendidikan, Dua Matlamat Penting Yang Lazimnya Disasarkan Ialah Untuk Membangunkan Potensi Insan Secara Menyeluruh Dan Memenuhi Keperluan Sosio-ekonomi Negara. Kedua-dua Matlamat Ini Saling Berkait Antara Satu Sama Lain. Sesuatu Sistem Pendidikan Yang Bertujuan Membangunkan Potensi Insan Secara Menyeluruh Sudah Pasti Akan Melahirkan Manusia Yang Bukan Sahaja Mampu Untuk Memacu Pembangunan Ekonomi Negara, Tetapi Juga Mengisi Makna Kemajuan Dengan Nilai-nilai Yang Luhur. Lantaran Itu, Tokoh Pembaharuan Islam Tersohor, Muhammad Abduh, Menegaskan Bahawa Matlamat Asas Pendidikan (al-ta’līm Wa Al-tarbiyyah) Ialah Untuk Membentuk Sahsiah Insan Melalui Penerapan Nilai-nilai Murni Ke Dalam Jiwa Peribadinya Agar Ia Menjadi Insan Yang Baik (rijālan Sālihan Fī Nafsih).
3.         Sesungguhnya, Dasar Pendidikan Di Negara Kita Dipandu Oleh Falsafah Pendidikan Negara Yang Bermatlamat Untuk Melahirkan Insan Kamil, Iaitu Insan Yang Terbangun Segala Potensi Manusiawinya Secara Sempurna Dan Seimbang. Dalam Ertikata Lain, Matlamat Pendidikan Di Negara Kita Ialah Untuk Melahirkan Insan Yang Baik Melalui Sistem Pendidikan Yang Mampu Menggarap Dan Membina Potensi Akal, Jasmani, Emosi Dan Rohani Murid Secara Holistik.   Matlamat Inilah Yang Melandasi Setiap Dasar Dan Perancangan Pendidikan Yang Digubal Dan Dilaksanakan Di Negara Kita. Justeru Itu, Dalam Mencapai Matlamat Melahirkan Modal Insan Yang Akan Mengisi Keperluan Untuk Memajukan Ekonomi Negara Di Masa Hadapan, Kita Bukan Sahaja Menekankan Aspek Penguasaan Ilmu Dan Kemahiran, Tetapi Juga Keterampilan Dan Keperibadian Insan Yang Mulia.
Transformasi Dan Pembaharuan Pendidikan
4.         Di Samping Mengekalkan Matlamat Asas Ini, Sistem Pendidikan Di Negara Kita Sentiasa Melalui Proses Transformasi Dan Pembaharuan Dari Masa Ke Semasa Seiring Dengan Peredaran Zaman. Dalam Dasawarsa Awal Selepas Merdeka, Pendidikan Di Negara Kita Menjadi Wahana Penting Untuk Membangunkan Negara Dan Memupuk Perpaduan Nasional. Oleh Itu, Dasar Awal Pendidikan Kebangsaan Digubal Untuk Mencapai dua Matlamat Penting Ini.
5.         Seterusnya, Sewaktu Negara Kita Sedang Mengorak Langkah Sebagai Sebuah Negara Industri Baru Yang Pesat Membangun Dalam Dekad 80-an Dan 90-an, Pendidikan Menjadi Wahana Untuk Melahirkan Sumber Manusia Yang Berupaya Untuk Mengisi Keperluan Perindustrian Negara. Selanjutnya, Kini Ketika Kita Sedang Bersiapsiaga Untuk Melakukan Lonjakan Berganda Bagi Mencapai Taraf Ekonomi Berpendapatan Tinggi, Pendidikan Menjadi Wahana Penting Untuk Melahirkan Modal Insan Yang Berilmu, Berkemahiran Tinggi Dan Berketerampilan Untuk Memacu Ekonomi Berasaskan Pengetahuan.
5.         Keupayaan Untuk Melakukan Transformasi Dan Pembaharuan Dalam Sistem Pendidikan, Di Samping Mengekalkan Matlamat Asas Untuk Melahirkan Insan Yang Baik, Merupakan Prasyarat Utama Kepada Kejayaan Kita Memajukan Negara Dan Pada Masa Yang Sama Membina Masyarakat Yang Beradab. Malah, Sistem Pendidikan Yang Berfungsi Dengan Baik Ialah Sistem Yang Sentiasa Melalui Proses Transformasi Dan Pembaharuan Seiring Dengan Perkembangan Semasa.
6.         Dalam Konteks Pendidikan Di Negara Kita, Beberapa Dasar Yang Diumumkan Oleh Kerajaan Baru-baru Ini, Termasuk Dasar Memartabat Bahasa Malaysia Dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), Mengembalikan Kemeriahan Sukan Di Sekolah Dan Memperkasa Pendidikan Prasekolah Merupakan Komponen Penting Transformasi Dan Pembaharuan Yang Sedang Berlaku Dalam Sistem Pendidikan Kita, Yang Mana Natijah Akhirnya Ialah Berlakunya Peningkatan Pada Kualiti Pendidikan. 

MATAPELAJARAN VOKASIONAL (MPV)

SMK Belawai baru saja memperkenalkan matapelajaran MPV (Pemprosesan Makanan). Jika ada pelajar, guru dan ibu bapa yang masih tidak jelas dengan mata pelajaran ini, boleh la baca risalah di bawah ini.
  
Sebarang persoalan, sila berhubung dengan Cikgu Voon atau Cikgu Norlela.

Jumaat, 9 April 2010

INFO IKAN KELI

Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.

Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.

Antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati adalah:-
  • Ikan Keli Kayu
  • Ikan Keli Bunga
  • Ikan Keli Eksotika
  • Ikan Keli Limbat
  • Ikan Keli Mata Kati
  • Ikan Keli Rusia
  • Ikan Keli Afrika
  • Ikan Keli Jeram
  • Ikan Keli Hutan
Ikan keli boleh dipelihara di dalam kolam besar atau sekadar di dalam kolah. Ia mudah membiak dengan memberi makan reja daging ayam, lemak ayam dan sebagainya. Harga sekilo ikan keli yang sudah disiang hanya RM5.00. Dalam bahasa Jawa dan di Indonesia pada amnya, ikan keli disebut "ikan lele".

Bagi sesetengah tempat khususnya di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak, ikan keli tidak dimakan atau kurang dimakan kerana kepercayaan 'kuno' ikan keli berasal daripada berudu, iaitu anak katak. Jika orang mati lemas di Sungai Perak, mayat yang hanyut dan telah reput itu biasanya dimakan oleh ikan keli.

Mereka menjumpai dalam mayat tersebut beberapa ekor ikan keli. Mungkin kerana cerita-cerita sebegini, ikan keli 'kurang digemari' di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak. Sebaliknya di Semenyih, Selangor dan di Terengganu ikan keli menjadi hidangan istimewa.

sumber http://siakapputih.blogspot.com

Rabu, 24 Mac 2010

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan senarai 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang bertujuan untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia.

Daripada 20 buah sekolah tersebut, 10 buah adalah sekolah berasrama penuh, empat sekolah harian biasa dan enam sekolah kebangsaan.


Berikut adalah senarai penuh SBT 2010:

1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.
2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.
3. Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.
4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.
5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.
6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.
8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.
9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.
10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.
11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.
12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.
13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.
15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.
17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.
18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.
19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor.


Mengikut Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekolah yang memenuhi kriteria SBT diberikan kuasa autonomi tambahan untuk mewujudkan inovasi pentadbiran sekolah dan meningkatkan keberhasilan murid. Pelajar juga boleh menamatkan persekolahan lebih awal setahun melalui kaedah lompat kelas.

dipetik dari beliamuda.com

INTERNET BERBAHAYA?





















Artikel ini adalah hasil penulisan Ahmad Fairuz Izzat dipetik dari http://afibest.blogspot.com

Adakah kehadiran teknologi maklumat dan internet dalam dunia ini telah menjadikan sesetengah kelompok individu menghidapi sejenis penyakit atau kecelaruan yang dikenali sebagai ketagihan internet (internet addiction disorder) atau pun ketagihan komputer? Adakah ia sejenis penyakit baru, yang sebelum ini tiada dalam istilah perubatan? Atau mungkinkah sejenis gangguan yang telah sedia ada dalam diri individu terbabit, sama seperti ketagihan dadah dan arak, tetapi ia berlaku disebabkan oleh komputer dan internet? Adakah komputer atau internet juga boleh menyebabkan ketagihan?

Ini merupakan satu aspek yang perlu diberi perhatian lebih-lebih lagi banyak laporan dan kajian memang mengakui terdapat individu mengalami ketagihan komputer dan internet. Apakah ketagihan internet? Persoalan yang amat sukar dijawab tetapi perlu dijawab berdasarkan kepada fakta dan kajian yang kukuh. Adakah ketagihan internet atau ketagihan komputer ini berbeza dari ketagihan yang lain seperti ketagihan dadah, arak, rokok dan sebagainya? Dan apakah kesan dari ketagihan internet? Perlu juga difikirkan.

Kajian sains mendapati manusia sebagai makhluk yang paling mudah mendapat ketagihan dalam kehidupan mereka, walaupun pada masa yang sama mereka amat takut menjadi seorang penagih. Sememangnya terdapat banyak perkara yang boleh mendatangkan ketagihan seperti makan, membeli belah, menonton, membaca dan lain-lain. Malah ada individu yang ketagih bekerja. Tetapi mengapa ada individu lain yang juga menonton, bekerja, makan dan membeli-belah, tetapi tidak mengalami ketagihan?

Dunia perkomputeran, teknologi maklumat dan internet juga sudah tentu boleh membuat seseorang menjadi ketagih. Mengapa? Ini kerana mereka semua mampu melayan segala macam keperluan yang diidami setiap individu, dari keperluan naluri seksual, mental, emosi dan intelek sehinggalah keperluan spiritual. Mereka umpama sahabat dan rakan kepada mereka. Malah ada individu yang menganggap komputer dan internet sebagai sebahagian dari diri dan kehidupan mereka dan mereka akan dirundung rindu resah dan gundah gulana sekiranya tidak berpeluang "melayan sahabat" mereka ini.

Kajian yang dijalankan oleh Netaddiction. com mendapati ada lima kategori bahan kandungan dunia siber yang berisiko tinggi menyebabkan ketagihan seperti berikut:

1. Ketagihan seks siber : cenderung melawati laman web porno, chatting room berkaitan seks dan lain-lain

2. Ketagihan hubungan siber : keinginan yang kuat untuk berhubung sama ada melalui email, chatting, diskusi dan sebagainya

3. Ketagihan maklumat : mudah dipengaruhi oleh laman-laman web berunsur ehwal semasa, pencarian maklumat dan pengkalan data

4. Ketagihan komputer : terpengaruh dengan peralatan teknologi perkomputeran, ciri-ciri komputer cip dan kad, sistem bunyi dan lain-lain

5. Ketagihan permainan komputer : mudah lalai akibat taksub bermain permainan komputer sehingga sukar berhenti


Sebenarnya bagi mengenal pasti samada penggunaan terhadap komputer dan internet menyebabkan ketagihan atau sebaliknya bergantung kepada cara dan konteks serta keperluan yang ada dalam diri seseorang individu. Di samping itu, perkara seperti berikut juga harus lah diberi perhatian bagi menilai tahap kebergantungan kepada komputer dan internet yang boleh menyebabkan ketagihan:

1. Lebih banyak menghabiskan masa di depan komputer berbanding biasa atau melebihi keperluan penggunaan yang sewajarnya

2. Masa untuk melayari internet semakin bertambah dan menjejaskan peranan sebagai seorang individu, pelajar, atau pekerja dan juga menjejaskan tahap produktiviti dan kesejahteraan hidup yang biasa

3. Berasa kurang yakin atau gagal untuk mengawal diri dari pengaruh internet

4. Semakin kurang tumpuan kepada penjagaan kesihatan diri dan pembahagian masa sewajarnya berbanding biasa

5. Muncul tekanan perasaan seperti marah, kecewa dan sedih yang berkaitan secara langsung dengan komputer dan internet dan mula mengasingkan diri dari masyarakat

6. Wujud rasa bosan atau bimbang dan cemas yang keterlaluan jika tidak melayari internet untuk jangka masa tertentu

7. Penggunaan internet yang mengakibatkan kemarahan atau gangguan kepada orang lain seperti ibu bapa, suami atau isteri dan boleh menyebabkan pertengkaran.


Seseorang yang ketagih internet dan komputer didapati gagal memberi tumpuan yang baik terhadap kehidupannya sepeti biasa. Kehidupan individu yang normal terjalin apabila ia dapat mengekalkan peranannya sebagai seorang manusia yang normal, mewujudkan perhubungan yang baik dan memelihara kesihatannya secara optimum. Bagi mereka yang ada ketagihan ini , peranan dan perhubungannya dengan individu lain dalam lingkungan hidupnya terjejas. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, strategi dn langkah berikut boleh lah diberi perhatian:

1. Tetapkan objektif dan matlamat sebelum melayari laman web atau menggunakan komputer dengan mengenalpasti tujuan-tujuan penggunaan mereka

2. Tetapkan melayari laman-laman web yang tertentu dan yang perlu sahaja, atau sekadar memenuhi keperluan yang dikehendaki agar tidak melebihi had dan bagi mengelakkan melayari laman yang tidak perlu

3. Hadkan atau tetapkan jangkamasa yang diperlukan ketika menggunakan komputer dan ketika melayari laman siber bagi mengelakkan pembaziran masa

4. Bahagikan masa yang sewajarnya antara kehidupan di dunia siber dan kehidupan di alam nyata supaya wujud keseimbangan

5. Jadikan ruang siber dan internet sebagai sumber pengetahuan untuk meningkatkan peranan menjadi seorang manusia yang sempurna dan untuk menambah kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan

Kesimpulan

Teknologi maklumat dan internet sememangnya mempunyai kesan yang amat besar dalam kehidupan manusia. Dalam aspek kesejahteraan individu dan hubungannya dengan teknologi maklumat, terdapat satu tindak balas yang saling pengaruh mempengaruhi antara satu ama lain. Memandangkan hubungan dan kaitan yang rapat antara manusia dan teknologi maklumat ini, tidak hairanlah terdapat antara mereka yang tenggelam dalam dunia siber, di samping mereka yang menggunakan internet sebagai saluran untuk mencapai keseronokan peribadi semata-mata. Lebih merisaukan lagi apabila internet ini lebih mengkhayalkan yang menyebabkan manusia leka dan lupa akan perintah yang diwajibkan ke atas mereka iaitu beribadat kepada Yang Maha Esa. Hanya mereka yang mampu mewujudkan keseimbangan antara aktiviti internet dan kehidupan sebenar serta tidak melupakan kewajiban sebagai hamba Allah s.w.t sahaja yang dapat mempertingkatkan kesejahteraan dalam urusan kehidupan mereka untuk kebaikan sesama manusia dunia dan akhirat.

Selasa, 26 Januari 2010

FACEBOOK ADDICTION DISORDER

Adakah anda mengalami ketagihan Facebook?
Seorang pakar psikologi Dr Michael Fencichel telah menemukan satu penyakit baru iaitu Facebook Addiction Disorder (FAD). Anda mungkin tidak menyedarinya ataupun menafikannya.

Anda Mengalami Ketagihan Facebook sekiranya…

Joanna Lipari, Pakar Psikologi Klinikal dari Universiti California, Los Angeles ketika ditemubual oleh CNN menyatakan , terdapat tanda-tanda tertentu bagi FAD iaitu:

1. Kurang masa tidur kerana masa tersebut telah diperuntukkan untuk Facebook.

2. Menggunakan masa melebihi SATU JAM untuk melayari laman Facebook. Purata masa yang sepatutnya adalah setengah jam sahaja.

3. Anda menjadi terlalu obses dengan kisah lama yang dibangkitkan semula di Facebook.

4. Mengabaikan kerja kerana Facebook. Ini bermakna anda tidak menyiapkan tugasan yang diberikan kerana sibuk melayari Facebook.

5. Stres dan sentiasa dalam keresahan sekiranya tidak dapat melayari Facebook walaupun hanya sehari.

Menurut Joanna, dari sudut perubatan FAD masih belum didiagnosiskan sebagai penyakit yang memerlukan rawatan namun begitu beberapa ahli terapi dari Amerika Syarikat mendapati terdapat peningkatan dalam jumlah pelanggan-pelanggan yang mengalami masalah dalam perhubungan sosial (Social Disfunction).
Jadi, peminat-peminat Facebook berhati-hatilah sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas. Jangan nanti kerana Facebook, kita mengalami Social Disfunction pula.

Sumber dari abs-cbnNEWS.com. With reports from CNN.com.

Isnin, 25 Januari 2010

Wajah Baru..

Blog Jabatan Teknik dan Vokasional telah berwajah baru. Kami akan sentiasa berusaha untuk mengemaskini sekerap yang mungkin. Guru-guru matapelajaran dialu-alukan untuk berkongsi maklumat.

Under Construction..