Sabda Rasulullah S.A.W: "Barangsiapa yang menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barang siapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki kedua-duanya pula" Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Isnin, 22 Jun 2009

Rahsia epal Ba'Kelalan

MEMILIH sesuatu yang unik bukanlah laluan mudah untuk ditempuhi. Namun seorang warga emas di pedalaman Sarawak membuktikan setiap keazaman yang disulam usaha gigih pastinya membuahkan hasil.
Ketika penduduk lain gigih mengusahakan tanaman padi bukit, Tagal Paran atau lebih mesra dengan panggilan Pak Tagal memilih epal sebagai tanaman di tanah ladangnya di Ba' Kelalan, Miri.
Kini populariti ladang epal seluas tiga hektar yang diusahakannya sejak lebih 20 tahun lalu itu 'mengatasi' populariti beras Adan, beras berkualiti tinggi yang juga ikon produk dari penempatan suku kaum Lun Bawang itu.
Berita selanjutnya, klik pada link di bawah:

Ahad, 21 Jun 2009

Penternakan Ikan Keli Dalam Kanvas


Klik pada gambar untuk bacaan yang lebih jelas.

Jumaat, 19 Jun 2009

Berus Gigi Yang Boleh Memutihkan Gigi Anda?


Kalau tengok gambar sebelah ini, tidaklah canggih sangat rekaan ini. Tapi apabila sebatang berus gigi ditambah dengan idea dari Jepun maka terjadilah sesuatu yang berbeza. Berus gigi dalam gambar di sebelah ini telah dipasang dengan LED untuk membantu aktiviti memberus gigi setiap pagi. Ianya dikatakan dapat memutihkan gigi dan mengelakkan sakit gigi. Benarkah perkara ini? Tidak dapat dipastikan kebenaran kenyataan ini tapi yang pasti ianya dapat membersihkan gigi dengan lebih baik kerana kewujudan LED tersebut. Berus gigi ini dijangka memasuki pasaran Jepun pada pertengahan bulan Mei tapi tak tau la bila nak sampai Malaysia.

Tumpu Program Sekolah Bestari Luar Bandar

Lanjutan daripada kejayaan pelaksanaan pemantapan 88 sekolah bestari penanda aras antara tahun 2006 dan 2008, Kementerian Pelajaran meneruskan kerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) - pemacu inisiatif MSC Malaysia, mewujudkan satu model untuk membantu menyegerakan pembestarian ke sekolah-sekolah luar bandar.
Justeru MDeC akan menyokong usaha tersebut dengan memfokus kepada 50 sekolah luar bandar secara berperingkat.
Sebagai permulaan, sebanyak 15 buah sekolah luar bandar telah dipilih untuk pelaksanaan pada tahun ini.
Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, sekolah bestari merupakan salah satu projek mega negara bagi menyahut cabaran wawasan 2020 untuk membangunkan satu sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan agar dapat menghadapi persaingan dengan negara-negara lain.
''Cabaran tersebut menuntut agar negara membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri k-worker, celik dan mahir dalam ICT, mampu bersaing pada peringkat tempatan dan pada peringkat global, bahkan memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi.
'' Selaras dengan hasrat ini, kementerian telah mengenal pasti ICT sebagai salah satu faktor penting yang membantu pencapaian matlamat pembangunan pendidikan dari tahun 2001 hingga tahun 2010,'' ujarnya.
Beliau menyatakan demikian pada perasmian pelancaran program tersebut di SMK Felda Besout Sungkai, Perak, baru-baru ini.
Menurut beliau, kementeriannya menyediakan keperluan fizikal dan bukan fizikal untuk membolehkan penggunaan ICT sebagai alat pengupaya (enabling tools) pada semua peringkat organisasi pendidikan.
''Selaras dengan matlamat negara kita, pihak kementerian telah memulakan proses transformasi dalam kurikulum dan sistem penilaian.
''Oleh itu, pihak kementerian menyasarkan yang 10,000 sekolah akan selesai ditarafkan pada akhir 2010,'' ujar Alimuddin.
Katanya, penarafan tersebut mensasarkan 500 buah sekolah mencapai taraf lima bintang, manakala selebihnya mencapai sekurang-kurangnya bertaraf tiga bintang.
Ini bermaksud sekolah-sekolah dapat membudayakan ICT dalam pengurusan, pengajaran dan pembelajaran.
Ia juga akan melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran-kemahiran untuk bersaing di era globalisasi dan bersedia menghadapi ekonomi berasaskan pengetahuan.
Berucap pada majlis yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Badlisham Ghazali berkata, pelaksanaan program tersebut adalah perlu kerana berdasarkan kepada projek rintis, pemantapan 88 sekolah bestari dan juga kajian-kajian yang dijalankan, model pelaksanaan 1 size fits all tidak boleh digunapakai untuk semua sekolah.
''Secara umumnya, program bestari sekolah luar bandar meliputi beberapa aspek-aspek seperti menyediakan perkhidmatan pengurusan dan pemantauan secara end-to-end kepada sekolah dalam pengintegrasian bahan-bahan berasaskan ICT dan alatan bantuan mengajar yang inovatif di dalam pengajaran dan pembelajaran bestari," katanya.
Selain itu, program tersebut juga adalah untuk menggiatkan lagi pencapaian matlamat MSC Malaysia dalam merapatkan jurang digital, oleh itu, tahun ini program bestari ditumpukan kepada sekolah-sekolah luar bandar.
Daripada model pelaksanaan 15 sekolah luar bandar yang terpilih ini, diharapkan pelaksanaan program pembestarian ke sekolah-sekolah luar bandar yang lain akan mengguna pakai model tersebut.
''Selaras dengan mandat MDeC untuk memastikan pembangunan ICT di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, satu kempen 'senang dengan ICT' sedang giat dijalankan.
Program tersebut juga bertujuan mewujudkan model-model pelaksanaan menaiktaraf yang efisien dan kos efektif bagi sekolah-sekolah di luar bandar seperti sekolah menengah harian, sekolah rendah harian, sekolah orang asli dan penan, sekolah agama, sekolah felda, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil.
Program-program bestari yang sedang dan akan dilaksanakan kepada 15 sekolah ini merangkumi perkara-perkara berikut:-
1. Penyediaan alat-alat inovatif serta aplikasi untuk pengurusan sekolah, pengajaran dan pembelajaran
2. Pengurusan perubahan untuk guru besar, pengetua dan guru-guru.
3. Latihan tambah nilai pengintegrasian peralatan dan bahan-bahan berasaskan ICT
4. Pemantauan secara on-site oleh pembimbing dari Institusi Pengajian Tinggi Awam
5. Aktiviti-aktiviti pembudayaan ICT di sekolah seperti pertandingan pengintegrasian alat-alat ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
6. Aktiviti-aktiviti perkongsian pintar dengan komuniti
7. Program Briged Bestari untuk murid yang berminat dan berkeupayaan dalam ICT serta menggembleng ilmu dan kepakaran ICT untuk kegunaan positif.
8. Program Buddy di mana 15 sekolah di antara 88 sekolah bestari penanda aras menjadi rakan rujuk untuk 15 sekolah luar bandar.
9. Kajian impak pelaksanaan program bestari untuk sekolah luar bandar.
MDeC bersama-sama gabungan 10 syarikat tempatan dan syarikat multinasional akan menaiktaraf infrastruktur bilik darjah yang terpilih, perisian serta aplikasi dan latihan tambah nilai.
Dua buah sekolah tersebut adalah SMK Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor dan SK Palong 14 (F), Gemas, Negri Sembilan.


Utusan Malaysia, 18 Jun 2009

Rabu, 17 Jun 2009

Microsoft labur RM3 bilion bangunkan teknologi

Microsoft Malaysia mengumumkan pelaburan RM3.045 bilion dalam bentuk inisiatif Microsoft DreamSpark bagi membangunkan teknologi dan menjana inovasi di kalangan 8,700 pelajar sekolah menengah di negara ini.
Pelaburan DreamSpark RM3.045 bilion diikuti daripada komitmen Microsoft Malaysia bernilai RM500 ribu untuk program BizSpark bagi memulakan syarikat baru dan usahawan tekno.
Pengarah Urusannya, Yasmin Mahmood berkata, inisiatif DreamSpark yang baru dilancarkan itu merupakan sebahagian daripada usahasama antara Kementerian Pengajian Tinggi (MoHE).
Inisiatif DreamSpark akan menyediakan pelajar dengan akses percuma kepada pembangun pencipta perisian Microsoft seperti Visual Studio Pro, Expression, XNA Game Studio 2.0, SQL Server Development Edition dan pelbagai produk dan peralatan perisian daripada portfolio.
"DreamSpark merupakan sebahagian komitmen Microsoft bagi membangunkan modal insan di kalangan pelajar di negara ini.
"Kami yakin pelajar berkenaan akan mendapat faedah daripada program ini yang bakal membantu memberikan kesedaran mengenai potensi dalam kedua-dua akademik dan karier masa depan," katanya pada majlis pelancaran program Microsoft DreamSpark dan penyampaian hadiah Imagine Cup, baru-baru ini.
Majlis berkenaan juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Pengarahnya, Profesor Datuk Dr. Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi dan Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Profesor Dr. Ahmad Yusoff Hassan.
Saifuddin berkata, aset paling besar adalah modal insan dan pembangunannya akan mengubah negara daripada berasaskan ekonomi kepada negara yang dibina atas inovasi berterusan.
"Kami telah membina hubungan yang rapat dengan Microsoft bagi memberikan cahaya teknologi inovasi di kalangan pelajar dengan menyediakan peralatan diperlukan bagi mempamerkan hasil inovasi mereka," katanya.
Pada majlis itu, seramai 26 kumpulan daripada 13 universiti mempamerkan penyelesaian kemenangan mereka bagi pertandingan akhir Imagine Cup Malaysia.
Bertemakan 'Imagine a world where technology helps solve the thoughest problem facing us today', pelajar mencipta sesuatu bagi menyelesaikan masalah sosial yang dibincangkan oleh United Nations Millennium Development Goal meliputi kemiskinan tegar sehingga kepada penyebaran HIV/AIDS.
Pemenang Malaysian Imagine Cup, Kumpulan Capricorn dari Universiti Sains Malaysia akan berentap ke Worldwide Finals di Kaherah, Mesir bermula 3 hingga 7 Julai 2009.
Kumpulan Capricorn akan mempamerkan ciptaannya 'GreenEve2Peace' kepada penonton di Kaherah.
Ia merupakan penyelesaian perisian yang membantu petani meningkatkan hasil pertanian dengan kos yang minimum.
Hadiah bagi Imagine Cup 2009 berjumlah RM630,000 bagi sembilan kategori iaitu Reka bentuk Perisian, Pembangunan Terpendam, Pembangunan Permainan, Robotik dan Algoritma, Cabaran IT, MashUp, Fotografi, Filem Pendek dan Rekaan.

Utusan Malaysia, 4 Jun 2009