Sabda Rasulullah S.A.W: "Barangsiapa yang menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barang siapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki kedua-duanya pula" Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Ahad, 11 April 2010

APA ITU NKRA?

Anda pernah dengar mengenai NKRA. Tapi apakah itu NKRA? Untuk lebih jelas, bacalah teks ucapan Menteri Pelajaran Malaysia yang dibentangkan pada 28 Oktober 2009, di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.

MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN PERKEMBANGAN BARU DALAM PENDIDIKAN 2010-2012

TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
DI MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN PERKEMBANGAN BARU DALAM PENDIDIKAN 2010-2012
BERTEMPAT DI INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS, PADA 28 OKTOBER 2009, PUKUL 10.30 PAGI
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh, Selamat Sejahtera Dan Salam 1Malaysia.
YB Datuk Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri Pelajaran I
YB Dr. Mohd Puad Bin Zarkashi
Timbalan Menteri Pelajaran II
Y.Bhg. Tan Sri Dr. Zulkurnain Bin Haji Awang
Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia
Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Bin Haji Mohd Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Dan
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pelajaran Malaysia
Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri
Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-tuan Dan Puan-puan Warga Pendidik Yang Saya Hormati Sekalian.
1.         Pertama-tamanya Marilah Kita Memanjatkan Kesyukuran Ke Hadrat Allah S.W.T. Kerana Dengan Limpah Kurnia Dan IzinNya Kita Dapat Berhimpun Dalam Persidangan Perkembangan Baru Dalam Pendidikan 2010-2012 Di Institut Aminuddin Baki Pada Hari Ini. Sesungguhnya Persidangan Ini Amat Penting Kepada Warga Pendidik Untuk Mendapatkan Penjelasan Tentang Dasar-dasar Baru Dan Perkembangan Semasa Berkaitan Dengan Pendidikan Di Negara Kita. Persidangan Ini Juga Memberi Peluang Kepada Warga Pendidik Untuk Memperinci, Mengkaji Dan Membuat Penilaian Tentang Pelaksanaan Dasar-dasar Yang Sedia Ada Dan Seterusnya Merancang Penambahbaikan Dalam Konteks Penyesuaian Kepada Dasar-dasar Baru Yang Diumumkan Oleh Kerajaan.
Matlamat Pendidikan
2.         Sesuatu Dasar Yang Digubal Tentunya Mempunyai Matlamat Untuk Dicapai. Dalam Konteks Pendidikan, Dua Matlamat Penting Yang Lazimnya Disasarkan Ialah Untuk Membangunkan Potensi Insan Secara Menyeluruh Dan Memenuhi Keperluan Sosio-ekonomi Negara. Kedua-dua Matlamat Ini Saling Berkait Antara Satu Sama Lain. Sesuatu Sistem Pendidikan Yang Bertujuan Membangunkan Potensi Insan Secara Menyeluruh Sudah Pasti Akan Melahirkan Manusia Yang Bukan Sahaja Mampu Untuk Memacu Pembangunan Ekonomi Negara, Tetapi Juga Mengisi Makna Kemajuan Dengan Nilai-nilai Yang Luhur. Lantaran Itu, Tokoh Pembaharuan Islam Tersohor, Muhammad Abduh, Menegaskan Bahawa Matlamat Asas Pendidikan (al-ta’līm Wa Al-tarbiyyah) Ialah Untuk Membentuk Sahsiah Insan Melalui Penerapan Nilai-nilai Murni Ke Dalam Jiwa Peribadinya Agar Ia Menjadi Insan Yang Baik (rijālan Sālihan Fī Nafsih).
3.         Sesungguhnya, Dasar Pendidikan Di Negara Kita Dipandu Oleh Falsafah Pendidikan Negara Yang Bermatlamat Untuk Melahirkan Insan Kamil, Iaitu Insan Yang Terbangun Segala Potensi Manusiawinya Secara Sempurna Dan Seimbang. Dalam Ertikata Lain, Matlamat Pendidikan Di Negara Kita Ialah Untuk Melahirkan Insan Yang Baik Melalui Sistem Pendidikan Yang Mampu Menggarap Dan Membina Potensi Akal, Jasmani, Emosi Dan Rohani Murid Secara Holistik.   Matlamat Inilah Yang Melandasi Setiap Dasar Dan Perancangan Pendidikan Yang Digubal Dan Dilaksanakan Di Negara Kita. Justeru Itu, Dalam Mencapai Matlamat Melahirkan Modal Insan Yang Akan Mengisi Keperluan Untuk Memajukan Ekonomi Negara Di Masa Hadapan, Kita Bukan Sahaja Menekankan Aspek Penguasaan Ilmu Dan Kemahiran, Tetapi Juga Keterampilan Dan Keperibadian Insan Yang Mulia.
Transformasi Dan Pembaharuan Pendidikan
4.         Di Samping Mengekalkan Matlamat Asas Ini, Sistem Pendidikan Di Negara Kita Sentiasa Melalui Proses Transformasi Dan Pembaharuan Dari Masa Ke Semasa Seiring Dengan Peredaran Zaman. Dalam Dasawarsa Awal Selepas Merdeka, Pendidikan Di Negara Kita Menjadi Wahana Penting Untuk Membangunkan Negara Dan Memupuk Perpaduan Nasional. Oleh Itu, Dasar Awal Pendidikan Kebangsaan Digubal Untuk Mencapai dua Matlamat Penting Ini.
5.         Seterusnya, Sewaktu Negara Kita Sedang Mengorak Langkah Sebagai Sebuah Negara Industri Baru Yang Pesat Membangun Dalam Dekad 80-an Dan 90-an, Pendidikan Menjadi Wahana Untuk Melahirkan Sumber Manusia Yang Berupaya Untuk Mengisi Keperluan Perindustrian Negara. Selanjutnya, Kini Ketika Kita Sedang Bersiapsiaga Untuk Melakukan Lonjakan Berganda Bagi Mencapai Taraf Ekonomi Berpendapatan Tinggi, Pendidikan Menjadi Wahana Penting Untuk Melahirkan Modal Insan Yang Berilmu, Berkemahiran Tinggi Dan Berketerampilan Untuk Memacu Ekonomi Berasaskan Pengetahuan.
5.         Keupayaan Untuk Melakukan Transformasi Dan Pembaharuan Dalam Sistem Pendidikan, Di Samping Mengekalkan Matlamat Asas Untuk Melahirkan Insan Yang Baik, Merupakan Prasyarat Utama Kepada Kejayaan Kita Memajukan Negara Dan Pada Masa Yang Sama Membina Masyarakat Yang Beradab. Malah, Sistem Pendidikan Yang Berfungsi Dengan Baik Ialah Sistem Yang Sentiasa Melalui Proses Transformasi Dan Pembaharuan Seiring Dengan Perkembangan Semasa.
6.         Dalam Konteks Pendidikan Di Negara Kita, Beberapa Dasar Yang Diumumkan Oleh Kerajaan Baru-baru Ini, Termasuk Dasar Memartabat Bahasa Malaysia Dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), Mengembalikan Kemeriahan Sukan Di Sekolah Dan Memperkasa Pendidikan Prasekolah Merupakan Komponen Penting Transformasi Dan Pembaharuan Yang Sedang Berlaku Dalam Sistem Pendidikan Kita, Yang Mana Natijah Akhirnya Ialah Berlakunya Peningkatan Pada Kualiti Pendidikan. 
Akses Kepada Pendidikan Berkualiti
Tuan-tuan Dan Puan-puan Yang Dihormati,
7.         Alhamdulillah, Malaysia Hari Ini Telah Diiktiraf Sebagai Antara Negara Yang Paling Berjaya Dalam Menyediakan Akses Kepada Pendidikan Untuk Semua Rakyat. UNESCO Dalam Education For All Global Monitoring Report 2009 Telah Meletakkan Malaysia Pada Kedudukan 45 Daripada 129 Negara, Sekali Gus Menempatkan Malaysia Di Kalangan 56 Negara Yang Berada Di Kedudukan Aras Tinggi Pada Indeks Pembangunan Pendidikan Untuk Semua. Ini Merupakan Satu Kejayaan Yang Amat Membanggakan Untuk Sistem Pendidikan Malaysia.
8.         Walaupun Kita Berada Pada Kedudukan Yang Baik Dalam Indeks Pendidikan Untuk Semua, Ini Tidak Bermakna Kita Boleh Kekal Selesa Dengan Pencapaian Kita. Dalam Usaha Untuk Melonjakkan Kemajuan Dan Kemakmuran Negara Ke Tahap Yang Lebih Tinggi, Kita Mestilah Sentiasa Berusaha Bukan Sahaja Untuk Meningkatkan Akses Kepada Pendidikan, Tetapi Memperluaskan Akses Kepada Pendidikan Yang Berkualiti.
Bidang Keberhasilan Utama Negara Sebahagian Daripada Proses Transformasi Dan Pembaharuan Pendidikan
9.         Oleh Sebab Itu, YAB Perdana Menteri Telahpun Menjadikan Pemeluasan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Dan Berkemampuan Sebagai Salah Satu Daripada Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Dengan Hasrat Untuk Melahirkan Modal Insan Yang Berdaya Maju Dan Mampu Memacu Ekonomi Berpendapatan Tinggi. Pengenalan NKRA Pendidikan Merupakan Sebahagian Daripada Proses Transformasi Dan Pembaharuan Dalam Sistem Pendidikan Kita Yang InsyaAllah Akan Melonjakkan Lagi Kecemerlangan Pendidikan Di Negara Ini.
10.       Untuk Mencapai Hasrat Ini, Kementerian Pelajaran Telah Dipertanggungjawabkan Untuk Melaksanakan Empat Komponen Kecil NKRA Pendidikan Iaitu: Pertama, Meningkatkan Kadar Penyertaan Murid Prasekolah Sebanyak 20% Pada Akhir Tahun 2012; Kedua, Memastikan Semua Murid Normal Boleh Menguasai Asas Kemahiran Literasi Dan Numerasi Selepas Tiga Tahun Mengikuti Pendidikan Rendah; Ketiga, Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi; Dan Keempat, Memperkenalkan New Deal Atau Bai’ah Baru Kepada Pemimpin Sekolah Dengan Hasrat Untuk Meningkatkan Profesionalisme Pengurusan Dan Kecemerlangan Sekolah.
Pertama: Meningkatkan Kadar Penyertaan Murid Prasekolah Sebanyak 20% Pada Akhir Tahun 2012
Tuan-tuan Dan Puan-puan Yang Dihormati,
11.       Bak Kata Pepatah Melayu, Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya. Begitulah Halnya Dengan Pendidikan Anak-anak. Keutamaan Harus Diberikan Kepada Usaha Menggilap Potensi Anak-anak Sejak Dari Awal Lagi, Iaitu Di Peringkat Pendidikan Prasekolah. Untuk Itu, Pendidikan Prasekolah Akan Diperkasakan Dan Dijadikan Sebahagian Daripada Aliran Perdana Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Pada Masa Ini, 67% Kanak-kanak Kohort Umur 5 Tahun Mengikuti Pendidikan Prasekolah Kerajaan Dan Swasta. Menjelang Tahun 2012, Kerajaan Mensasarkan Peningkatan Kadar Penyertaan Pendidikan Prasekolah Kepada 87%, Iaitu Penambahan Sebanyak 20%. Dijangkakan Seramai Lebih 440,000 Murid Akan Mengikuti Prasekolah Pada Tahun 2012 Berbanding 342,706 Murid Pada Tahun Ini.
12.       Bagi Mencapai Sasaran Ini, Kementerian Pelajaran Akan Melaksanakan Strategi Yang Komprehensif Dan Bersepadu. Antaranya Ialah Menambah Baik Kurikulum Prasekolah, Termasuk Menambah Waktu Interaksi Dalam Bahasa Inggeris. Bilangan Prasekolah Juga Akan Ditambah Dengan Pembinaan 4,194 Kelas Prasekolah Baru Menjelang Tahun 2012. Kerajaan Juga Menimbang Untuk Mewujudkan Kemudahan Prasekolah Berpusat, Kemudahan Asrama Dan Pengangkutan Kepada Murid Di Luar Bandar Dan Pedalaman. Di Samping Itu, Pihak Swasta Akan Digalakkan Untuk Menyediakan Pendidikan Prasekolah Melalui Pemberian Insentif Seperti Geran Dan Pengecualian Cukai.
13.       Selanjutnya, Kementerian Pelajaran Akan Menyediakan Latihan Yang Komprehensif Kepada Guru Prasekolah, Termasuk Guru-guru Prasekolah Swasta Melalui Pelbagai Program Latihan Keguruan Seperti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Dan Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah. Bagi Mengatasi Masalah Kekurangan Guru Terlatih Di Kawasan Luar Bandar Dan Pedalaman, Pihak Kementerian Akan Memberikan Keutamaan Kepada Kawasan Berkenaan Dalam Proses Penempatan Guru, Di Samping Mengambil Calon-calon Tempatan Untuk Dilatih Sebagai Guru Prasekolah. Pihak Kementerian Juga Akan Melaksanakan Pelbagai Program Penerangan Dan Promosi, Terutama Di Kawasan Luar Bandar Dan Pedalaman, Bagi Membangkitkan Kesedaran Di Kalangan Ibubapa Tentang Kepentingan Pendidikan Prasekolah Kepada Perkembangan Potensi Anak-anak.
Kedua: Memantapkan Penguasaan Literasi Dan Numerasi Murid
Tuan-tuan Dan Puan-puan Yang Dihormati,
14.       Suka Atau Tidak, Adalah Amat Merugikan Jika Terdapat Kanak-kanak Di Negara Kita Yang Mengikuti Alam Persekolahan Tetapi Masih Gagal Menguasai Kemahiran Asas Membaca, Menulis Dan Mengira (3M) Apabila Meninggalkan Bangku Persekolahan. Makanya, Kerajaan Telah Mensasarkan Agar Semua Kanak-kanak Normal Yang Mengikuti Alam Persekolahan Mesti Menguasai Ketiga-tiga Kemahiran Asas Ini Ketika Melangkah Ke Tahun 4 Sekolah Rendah Sebelum Penghujung Tahun 2012. 
15.       Dengan Kaedah Pengajaran Yang Berkesan, Kemudahan Pembelajaran Yang Mencukupi Dan Pelaksanaan Pelbagai Program Meningkatkan Penguasaan 3M Seperti Kelas Intervensi Awal Membaca Dan Menulis, Program Pemulihan Kemahiran Membaca, Menulis Dan Mengira (PROTIM), Program Bimbingan Kemahiran Membaca, Menulis Dan Mengira (PROBIM) Dan Program Pemulihan Khas, Saya Percaya Bahawa Masalah Kegagalan Menguasai Kemahiran Asas Literasi Dan Numerasi Akan Dapat Dielakkan, Sekali Gus Mengurangkan Kadar Keciciran Dan Tahap Pencapaian Pelajar Yang Rendah. Sehubungan Itu, Kementerian Pelajaran Akan Mewujudkan 3,399 Kelas Pemulihan Khas Di Seluruh Negara. Daripada Jumlah Ini, Sebanyak 111 Kelas (3.3%) Telah Siap Dibina, 2,917 (85.9%) Sedang Dalam Pembinaan Dan 3 (0.1%) Di Peringkat Prabina.
Ketiga: Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi
16.       Bagi Menggalakkan Budaya Kecemerlangan Di Sekolah, Kerajaan Mensasarkan 20 Buah Sekolah Diiktiraf Sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi Pada Tahun 2010. Pemilihan SBT Akan Dibuat Berdasarkan Tahap Kecemerlangan Akademik Dan Pencapaian Pelajar Termasuk Disiplin, Kebersihan, Aktiviti Ko-kurikulum Dan Penguasaan Bidang Keutamaan Sekolah. Natijahnya Ialah Untuk Menjadikan SBT Sebagai Penanda Aras Kecemerlangan Kepada Sekolah-sekolah Lain, Sekaligus Melonjakkan Pencapaian Pelajar Secara Keseluruhan Di Negara Ini. 
           
Keempat: Memperkenalkan Bai’ah Baru (New Deal) Kepada Pemimpin Sekolah
17.       Kerajaan Juga Akan Memperkenalkan Bai’ah Baru Atau New Deal Dengan Menawarkan Ganjaran Kewangan Dan Bukan Kewangan Kepada Pemimpin Dan Pasukan Pengurusan Sekolah Yang Menunjukkan Prestasi Cemerlang. Tujuan Diperkenalkan Bai’ah Baru Ini Ialah Untuk Memastikan Setiap Sekolah Ditadbir Secara Profesional Bagi Meningkatkan Tahap Kecemerlangan Sekolah. Pihak Kementerian Akan Menetapkan Sasaran Yang Perlu Dicapai Oleh Pengetua Dan Guru Besar Di Sekolah Masing-masing Pada Setiap Tahun Penilaian Bedasarkan Lima Aspek Iaitu Pencapaian Akademik, Kokurikulum, Disiplin, Iklim Sekolah Dan Kepimpinan. Sasaran Yang Ditetapkan Perlu Dipersetujui Secara Bersama Oleh Kementerian Pelajaran Dan Pengetua Atau Guru Besar.
Bidang Keberhasilan Utama Kementerian
18.       Di Samping Empat Komponen Kecil Bidang Keberhasilan Utama Negara Yang Telah Saya Sentuh Tadi, Kementerian Pelajaran Juga Mempunyai Dua Komponen Kecil Bidang Keberhasilan Utama Khusus Untuk Dicapai Iaitu Memperkasa Pendidikan Vokasional Dan Kemahiran Serta Memastikan Semua Sekolah Mendapat Bekalan Elektrik 24 Jam.
Pertama: Memperkasa Pendidikan Vokasional Dan Kemahiran
19.       Pendidikan Vokasional Adalah Penting Dalam Usaha Kita Untuk Melahirkan Modal Insan Yang Berkemahiran Tinggi. Dalam Konteks Ini, Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Menyediakan Laluan Kepada Pelajar Di Sekolah menengah Harian Untuk Mengikuti Pendidikan Kemahiran Berbentuk Hands-on. Untuk Itu, Kementerian Pelajaran Akan Memperkasa Pendidikan Vokasional Dengan Mensasarkan Penambahan Sejumlah 300 Bengkel Vokasional Di Seluruh Negara. Pada Masa Ini, Sebanyak 144 Buah Bengkel (30%) Telah Siap Dibina, 126 (26%) Dalam Pembinaan Dan 30 (6%) Pada Peringkat Prabina.
Kedua: Bekalan Elektrik 24 Jam Di Semua Sekolah
20.       Bagi Mencapai Sasaran Menyediakan Bekalan Elektrik 24 Jam Kepada Semua Sekolah Pula, Kementerian Pelajaran Telah Memperluaskan Sistem Solar Hibrid Kepada 78 Buah Sekolah Di Sabah, Di Mana 87% Daripadanya Telah Siap Dibina. Sebanyak 103 Buah Sekolah Lagi Sedang Berada Di Peringkat Prabina. Di Sarawak, Sejumlah 427 (99%) Projek Bekalan Elektrik Telah Siap, Sementara Baki 3 Projek Masih Dalam Pembinaan. 
Tuan-tuan Dan Puan-puan Yang Dihormati,
21.       Saya Ingin Menegaskan Bahawa Kesemua Sasaran Yang Ditetapkan Ini Adalah Sesuatu Yang Realistik Dan Boleh Dicapai. Soalnya Ialah Sejauhmana Kita Sebagai Warga Pendidik Bersedia Untuk Berusaha Dengan Gigih Dan Istiqamah Dalam Mencapai Sasaran Meningkatkan Kualiti Pendidikan Negara. Bak Kata Pepatah, Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung Manakan Dapat Sagunya.
22.       Oleh Itu, Pelaksanaan NKRA Menuntut Amalan Budaya Kerja Cemerlang, Sikap Kebertanggungjawaban Dan Semangat Mujahadah Setiap Daripada Kita Untuk Melakukan Yang Terbaik Demi Nusa Dan Bangsa. Justeru, Tugas Besar Yang Menanti Para Warga Pendidik Ialah Untuk Menjayakan Transformasi Dan Pembaharuan Pendidikan Dengan Satu Hasrat Dan Satu Tekad Bagi Meningkatkan Mutu Pendidikan Negara. Ini Adalah Satu Amanah Besar Yang Tergalas Di Bahu Kita Semua. Untuk Itu, Seluruh Warga Pendidik Perlu Saling Bantu Membantu Dalam Melaksanakan Tugas Dan Tanggungjawab Mulia Ini, Dengan Hasrat Untuk Menghasilkan Kejayaan Secara Kolektif. Yang Berat Sama Dipikul, Yang Ringan Sama Dijinjing.
23.       Akhir Sekali, Saya Mengambil Kesempatan Ini Untuk Merakamkan Ucapan Setinggi-tinggi Terima Kasih Kepada Seluruh Warga Pendidik Yang Telah Berusaha Dengan Bersungguh-sungguh Dalam Melaksanakan Dasar-dasar Baru Kerajaan Seiring Dengan Perkembangan Terkini Dalam Dunia Pendidikan Hari Ini. Sesungguhnya, Selaku Menteri Pelajaran, Saya Amat Menghargai Sokongan Dan Kerjasama Seluruh Warga Pendidik Dalam Menjayakan Wawasan Dan Gagasan Kerajaan Untuk Meningkatakan Kecemerlangan Dan Mutu Pendidikan Negara. Marilah Kita Bersama-sama Memanjatkan Doa Ke Hadrat Allah S.w.t. Agar Sentiasa Diberikan Kekuatan Untuk Menjunjung Amanah Perjuangan Memartabatkan Pendidikan Negara.
24.       Dengan Lafaz Bismillah-ir Rahman-ir Rahim, Saya Merasmikan Persidangan Perkembangan Baru Dalam Pendidikan, 2010-2012.
     
Wabillahi Al-Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan