Sabda Rasulullah S.A.W: "Barangsiapa yang menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barang siapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki kedua-duanya pula" Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Ahad, 10 April 2011

Lawatan Nazir ke Sekolah

Bermula 11 April 2011, Jemaah Nazir akan datang ke sekolah untuk membuat lawatan pemeriksaan ke atas lima mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sains, Sejarah, Geografi dan Pendidikan Islam. Semua Ketua Panitia dan Guru-guru Kanan bertungkus-lumus mengemaskinikan fail Jabatan dan Panitia masing-masing tidak terkecuali panitia-panitia yang lain. Menurut surat yang dihantar, nazir-nazir seramai 5 orang ini akan berkampung di sekolah selama 4 hari. Semoga sekolah kita akan mendapat penilaian yang baik dari pihak Nazir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan